Thursday 20 November 2014

Cara Elak Sembelit Dalam Pantang Supaya Jahitan Episiotomi Tak Terbuka Balik

Assalamualaikum

Bila dah berhari-hari tak membuang, saya minta husband bawa pergi klinik. Seksa betul kena sembelit dalam pantang. Terlebih teran, takut terbuka pulak jahitan luka episiotomi. Jumpa doctor at least doctor boleh check sekali keadaan luka kita.

sembelit selepas bersalin

3 petua pertama diberikan oleh doctor yang merawat Ros ketika kena sembelit sewaktu bersalin anak pertama dahulu. Yang no. 4 tu Ros amalkan sejak mengandungkan anak kedua.

Petua elak sembelit selepas bersalin

1. banyak minum air masak

Mungkin kita biasa dengar orang dulu-dulu minum air sedikit sahaja. Dalam setengah cawan air saja mak Ros cerita. Sikit kan.. Mengikut kepercayaan orang dulu-dulu, mereka takut Miss V becak atau berair.

Tapi doctor pesan.. banyakkan minum air masak. Paling kurang 3 liter. Dahla kita menyusukan anak. Macam mana nak hasilkan susu kalau air pun minum sikit je. Ye tak ye jugak kan..

minum banyak air
Minum air bukan segelas tau. Tapi 8 gelas untuk cukupkan 3 liter

2. makan buah oren

Dalam banyak-banyak buah, mak Ros cakap dalam pantang boleh makan buah oren. Tapi kat rumah takde pulak buah oren. So tak makan langsung buah ketika dalam pantang.

Jumpa doctor, dia pun suruh makan buah oren juga untuk atasi sembelit. Buah oren ada Vitamin C. Hehe. Ni semua orang tahukan... Tapi korang tahu tak Vitamin C boleh membantu dalam menyembuhkan luka bersalin?

Disebabkan kat rumah takde buah oren, doctor cadangkan beli Peel Fresh Oren. So, balik dari klinik terus saya dan husband singgah kedai beli beberapa kotak Peel Fresh Oren. 

makan oren
Makan buah oren atau buat jus. Kalau tak, boleh beli Peel Fresh Oren je.

3. makan ubat klinik

Dah pergi klinik, mesti doctor bagi ubat untuk sakit kita kan. Untuk sembelit dia bagi ubat jenis minum warna hitam. Nama ubat tu Ros dah tak ingat dah. Ubat tu berkesan juga walaupun ambil masa beberapa hari.
makan ubat
Makan ubat yang dibekalkan oleh klinik

Bila teringat balik kisah sembelit waktu berpantang anak pertama ni, memang ngeri. Fobia betul. Ros takut kalau terteran kuat sangat, jahitan tu terbuka balik. 

4. ambil Ostematrix

Waktu bersalin anak kedua dah kenal Ostematrix. So Ostematrix la yang dicari sebelum tidur. Kalau terlupa makan, badan sendiri yang merana esoknya.

Pengambilan Ostematrix dan minum 3 liter air sehari memang membantu mengatasi masalah sembelit Ros. Even masa mengandungkan anak kedua, Ros tak tinggal Ostematrix takut kena sembelit.
Ostematrix
Ostematrix ni termasuk termasuk dalam Set Bersalin yang Ros ambil.

 Bonus ambil Ostematrix

Ostematrix memang sangat-sangat best. Antara kebaikan lain yang Ros dapat adalah:

  • badan lebih segar bila bangun keesokan harinya
  • membekalkan kalsium untuk penghasilan susu ibu
  • tiada lagi sengal-sengal badan akibat bangun menyusukan anak di tengah malam.
  • tidur lebih lena

Kalau anda juga alami sembelit selepas bersalin, eloklah dapatkan Ostematrix sekarang. Tak dapat dibayangkan, jahitan luka episiotomi terbuka balik. Eeee.. Ngerinya.

Untuk dapatkan Ostematrix, boleh hubungi Ros seperti di bawah:
pm/whatsapp 019-367 3245
email: a.rosmawati@hotmail.com / ummisfav@gmail.com
ID: 1134 656

Atau order sendiri dengan klik di sini.
Terima kasih.



6 comments:

  1. Mana commentluv ni duhai cik puan ros?

    I want CL!
    I want CL!

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. rasanya yg pertama tu dapat elakkan sembelit oleh siapa pun juga... kalau sembelit mesti sebab kurang minum air... tu je puncanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Tn Najib. kena minum banyak air masak

      Delete
  4. Hooo kena banyak minum air lepas nih

    ReplyDelete