Friday 7 November 2014

Anak Kurus Macam Lidi? Ikut 3 Cara Tambah Berat Badan Anak 2 Tahun yang Tak Nak Makan - Berkesan Untuk Ibu Bekerjaya

Assalamualaikum

Ramai ibu-ibu bekerjaya di luar sana risau macam mana nak tambah berat badan anak 2 tahun. Tiba waktu makan, mesti anak refuse nak makan. Bukan sayur je, nasi pun tak nak makan.

cara tambah berat badan anak 2 tahun
Ros sangat stress bila tiap-tiap bulan kena gi followup. Dahlah kena pergi waktu pejabat. Masuk lambat. Berat takde improvement pun dari bulan sebelum ni. Ros ada cerita kisah Luqman di entry ini.

Banyak tips yang Ros jumpa di internet. Salah satunya, anda boleh baca di sini.

Tapi ni Ros nak share pengalaman sendiri. Cara paling BERKESAN yang anda boleh buat jika anda juga ibu berkerjaya seperti Ros.

Cara Tambah Berat Badan Anak

1. Waktu makan

Jika anak tak nak makan bila tiba waktu makan, anda boleh bagi dia makan sewaktu dia leka bermain. Misalnya, ketika dia sedang bermain dengan kereta mainan, suapkan dia. Mungkin ambil masa lama nak habiskan sepinggan makanan. Tapi mesti sabar tau!


2. Libatkan anak sewaktu anda masak

Bagi ibu-ibu yang bekerja, kita boleh libatkan anak sewaktu memasak di hujung minggu atau selepas pulang dari kerja. Jika anak kita suka makan telur, tunjukkan telur kepadanya dan beritahu dia kita nak buat apa dengan telur itu. 

Sebagai contoh: nak buat telur goreng. Pecahkan telur dan pukul telur tu di hadapannya. Beri peluang untuk dia cuba pukul telur itu. Sambil goreng telur tu, beritahu dia, telur itu untuk dia.. nanti sayang makan tau. 

Ketika waktu makan, cakaplah.. nilah telur yang sayang Luqman buat tadi tu. Mesti dia teruja nak makan hasil air tangan sendiri.


3. Supplement tambahan

Sebagai ibu kita tak boleh lokek nak keluarkan duit untuk beli supplement tambahan untuk anak kita. Terdapat banyak supplement tambahan di pasaran. Ros memilih yang semulajadi, selamat dan berkesan

Ros bagi anak Mealshakes dan Vit C Chewable. Biasanya, Mealshakes Ros masukkan dalam susu atau milo. Vit C pula Ros bagi bila dia minta. Luqman tiap-tiap hari mesti minta lah. Sampai Ros kena sorokkan.:-)
meal shakes
Meal Shakes perisa vanilla
Mealshakes menyediakan hidangan lengkap yang mengandungi 24 jenis vitamin dan mineral. Nutrisinya mudah diserap oleh badan kanak-kanak. Ia diperbuat daripada bahan semulajadi- buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain.
chewable vitamin c
Vitamin C Chewable yang sedap!
Vitamin C Chewable mengandungi 100mg vitamin C. Ianya bertujuan untuk mempertingkatkan fungsi imun dengan menyokong sistem pertahanan semulajadi anti-oksidan badan. Ia turut menggalakkan kesihatan mata, gigi, otot dan salur darah.

So far, lepas Ros bagi Mealshakes dan Vit C Chewable, berat Luqman naik sebab selera makan dia bertambah. Alhamdulillah. Semua dengan izin Allah.

Sekarang dah tak payah pergi followup lagi. Happy nya Ros. :-)

Anda mesti tengok testimoni live dari seorang ibu yang anaknya dahulu kurus kering dan kerap sakit. Tapi kini tidak lagi..
Apa rahsia beliau? Sila tonton video ini sampai habis.


Anak Kurus Kering & Selalu Sakit Di Taska, Apa Nak BUAT? from iReach HD on Vimeo.

Kalau anda nak berat anak anda naik juga, bertindaklah sekarang. Kalau tak, sampai bila pun berat anak anda tak naik-naik.

Nak order sendiri Mealshakes dan Vit C Chewable, boleh klik sini. Nak suruh Ros orderkan pun boleh. 

Hubungi Ros jika ada sebarang pertanyaan
pm/whatsapp 019-3673245
email: a.rosmawati@hotmail.com
SID: 1134 656 
FB page: Ummi's Favorites