Friday 23 January 2015

5 Tips Banyakkan Susu Ibu Walaupun Anak Dah Makan Makanan Pejal

Assalamualaikum


Situasi di mana susu ibu makin kurang selepas anak berumur 6 bulan memang membimbangkan mommies di luar sana. Nak tahu tips banyakkan susu ibu? Teruskan membaca ye..

Tips banyakkan susu ibu walaupun anak dah makan
Walaupun anak sudah mula makan makanan pejal, niat di hati mahu meneruskan penyusuan susu ibu sehingga anak berusia 2 tahun. Alhamdulillah Ros diberi peluang menyusukan Luqman sehingga 2 tahun lebih.

Pengalaman menyusukan Luqman penuh turun naik. Kalau nak tahu, suatu ketika dahulu selepas Luqman berumur 6 bulan, stok susu perahan Luqman makin kurang. Lagi banyak keluar freezer daripada masuk.

Apa yang Ros buat untuk banyakkan susu supaya boleh buat stok susu perahan? Ada 5 tips yang Ros amalkan.

5 Tips Banyakkan Susu Ibu

- jangan skip sesi mengepam di ofis

Awal-awal masuk kerja memang Ros pam 3 kali. Lepas-lepas tu jadi 2 sesi je sebab banyak kerja.

Bila susu dah kurang.. kena pandai-pandai la cari masa untuk pergi pam. Sebagai panduan, jadual pam Ros pukul 8, 11 dan pukul 2 lebih. Kiranya solat zohor selepas tu pam. Waktu selepas lunch memang selalu rush nak siapkan keja. So dah tak mengepam sampai la balik rumah.

- buat power pumping

Power pumping ni kita pam 10 minit, rehat 10 minit, pam, rehat, pam, rehat dalam jangka masa sejam. Waktu terbaik untuk buat power pumping adalah waktu awal pagi. Buatla setiap hari sampai production susu memuaskan.

Ros buat bila ada masa terluang. Kalau Luqman tido awal, terus buat. Bimbang tak terjaga awal pagi nanti. Bila terjaga awal pagi, buat lagi.

- ambil makanan penggalak susu

Kurma adalah milk booster terbaik. Selain daripada itu, Ros ada juga minum milo, horlick dicampur oat.

Ada banyak lagi makanan penggalak susu. Boleh rujuk sini. Anda harus try and error untuk mengetahui milk booster mana berkesan untuk anda.

Alfalfa Shaklee juga salah satu daripada milk booster yang berkesan untuk Ros. Anda patut cuba Alfalfa. Bukan milk booster je. Boleh keluarkan angin sekali. Agen detox pun ye jugak.

- minum air dgn banyak

Minum sekurang-kurangnya 3 liter.
Kalo air pun kita kurang minum, macam mana nak hasilkan susu ibu yang 80% kandungannya terdiri daripada air.

- makan makanan seimbang

Banyakkan makan sayur dan kurangkan makan makanan berlemak. Untuk mengisi kelompongan nutrisi dari makanan yang kita makan, Ros amalkan Vitalea setiap hari.

Bila kita mendapat semua nutrisi, anak kita turut mendapat khasiat yang sama melalui susu ibu.

Prinsip asas yang mesti ibu menyusu ingat adalah Supply vs DemandLagi tinggi permintaan, lagi banyak pengeluaran. Bahasa mudahnya.. lagi kerap bayi menyusu badan, lagi banyak susu akan dihasilkan.
demand vs supply

Ini bermaksud, kalau kita nak memperbanyakkan susu ibu, kita kena tinggikan permintaan dengan kerapkan sesi mengepam. Lagi kerap Miss B dikosongkan, lagi banyak susu akan dikeluarkan.

Kalau rasa kurang makan berbagai-bagai jenis makanan untuk dapatkan nutrisi yang diperlukan, amalkan Set Menyusu Shaklee sebagai ikhtiar untuk memperbanyakkan susu ibu.

Set Menyusu Premium terdiri daripada
- Alfalfa sebagai milk booster
- ESP memberi tenaga
- Vitalea membekalkan multivitamin
- Vitamin C meningkatkan imun sistem
- B Complex mengurangkan tekanan
- Ostematrix membekalkan kalsium untuk penghasilan susu

Saksikan testimoni live mengenai seorang ibu yang panik sebab stok susunya kurang.




Jangan tunggu lama-lama untuk amalkan tips di atas. Bertindaklah sekarang sebelum susu kering sepenuhnya.  

Untuk dapatkan Set Menyusu Shaklee, bolehlah hubungi Ros seperti di bawah
pm/whatsapps 019-367 3245
email: a.rosmawati@hotmail.com
SID: 1134 656
 




Wednesday 31 December 2014

1st Giveaway by Ibu Zarith

Assalamualaikum

Hari ni dah 31 hb Disember. Esok dah masuk tahun baru. Hari ni last day untuk join "1st Giveaway by Ibu Zarith". Korang cepat-cepat join sebelum 12 tengah malam ni tau. Hadiah dia 1g emas tu!

Sila klik banner di bawah untuk join. 


Video Pertama:

Ibu Zarith bertanya: Nyatakan berapakah umur bayi semasa beliau dilahirkan?

Ummi Luqman menjawab: 32 minggu

Video Kedua:


Ibu Zarith bertanya: Nyatakan apakah yang dicadangkan oleh doctor kepada Puan Sylvia Yong?

Ummi Luqman menjawab: Supplement Multivitamin

Video Ketiga:


Ibu Zarith bertanya: Nyatakan pada minit keberapakah si suami terkejut dan sebut "Syukri?"

Ummi Luqman menjawab: masa 00:49


Ibu Zarith: dah habis jawab 3 soalan ni.. Tunggu seminggu dari sekarang untuk tau pemenang dia.

p/s: Ada masa lagi ni join. Jom ramai-ramai memeriah GA Ibu Zarith.
 
Ummi Luqman tag rakan-rakan blogger di bawah:
1. http://www.linchalo.com
2. http://ummuzuhayr.com
3. http://www.wonderfulibu.com

p/s: First time Ros join GA. InsyaAllah Ros pun akan buat satu Giveaway nanti. Jemput follow blog Ros supaya tak ketinggalan. Selamat Tahun Baru 2015 semua! 

Tuesday 23 December 2014

Promosi Set Cantik Disember 2014

Promosi Set Cantik Disember 2014


Promosi Disember 2014
Vitamin C
Buy 2 Get 5% Discount

Vitamin E
Buy 2 Get 5% Discount

Sebelum baca selanjutnya, Ros nak share Live Testimoni dari seorang pengguna Set Cantik Shaklee. Sila tonton sampai habis.


Lepas 7 Tahun Geram Muka Berjerawat Teruk, Ini Yg Dia Buat from iReach HD on Vimeo.

Dah tengok sampai habis? Apa tindakan korang?

Takkan korang nak tunggu 7 tahun juga kot. Bertindaklah sekarang untuk dapatkan wajah yang gebu bak telur dikupas.

Mari sini Ros tolong buat kira-kira berapa kos untuk Set Cantik Shaklee.
 

Vitamin C- Buy 2 Get 5% Discount

Sebotol ada 180 biji -> 2 botol dah dapat 360 biji
Ianya untuk kegunaan selama setahun 
Harga RM 175.75 untuk 2 botol ( 360 biji )
-> sebiji Vit C Shaklee RM 0.49
Sebulan hanya RM 14.70


Vitamin E- Buy 2 Get 5% Discount

Sebotol ada 120 biji -> 2 botol dah dapat 240 biji
Ianya untuk kegunaan selama 8 bulan
Harga RM 283.10 untuk 2 botol ( 240 biji )
-> sebiji Vit E shaklee RM 1.18
Sebulan hanya RM 35.40

Kesimpulannya.. 
Set Vit C dan Vit E ni hanya RM 50 sebulan je. 

Kalau nak dibandingkan dengan suntikan Vitamin C yang belum tentu selamat ke tak. RM 50 sebulan selama setahun ni kira betul-betul berbaloi.


Hubungi Ros untuk dapatkan harga terbaik Vitamin C dan Vitamin E Shaklee. Dijamin selamat, berkesan dan semulajadi.

pm/whatsapps 019-367 3245
email: a.rosmawati@hotmail.com
SID: 1134 656
FB Page: Ummi's Favorites


Monday 15 December 2014

Tips Travel Bersama Bayi Demi Merealisasikan Impian Luqman Balik Kampung Naik Bas

Assalamualaikum

Baru-baru ni Ros sekeluarga balik kampung naik bas. Biasa kitorang balik naik kereta je. Tapi demi merealisasikan impian Luqman balik kampung naik bas, kami pun try la sekali. So kali ni Ros nak share tips travel bersama bayi naik bas. 

Untuk pengetahuan korang, Maryam kecik lagi. Baru 3 bulan lebih. Luqman plak dah 2 tahun 9 bulan. Dah pandai cakap dan minta macam-macam. Ni nak naik bas pun sebab tengok tok dengan wan dia datang KL naik bas.


tips travel bersama bayi
Gambar hiasan. Teringat dulu naik bas travel dr Rosenheim, Germany ke Venice, Italy

 

Tips travel bersama bayi dan anak kecik naik bas

1. pilih perjalanan waktu malam

Ros cadangkan naik bas dalam pukul 6 petang ke atas. Waktu mula-mula naik bas, Luqman sangat eksaited. Siap cakap kuat-kuat, Kita naik bas kan, Ummi. Hehe. Tersenyum Ros. 

Selepas dah enjoy scenery kat luar dalam 2 3 jam perjalanan, dia pun tertido.

2. pilih bas yang seat dia besar

Yang ni penting supaya kita selesa. Ros pangku Maryam sepanjang perjalanan. Alhamdulillah Maryam ok. Sengih je kalau tak tido.

3. ambil satu seat untuk anak kecil

Untuk Luqman memang kitorang ambil satu seat. Seronok sungguh dia ada seat sendiri.

Luqman yang dah penat cakap "Kita naik bas kan Ummi". Lagu Wheel on The Bus pun dah nyanyi banyak kali

4. semua keperluan anak dalam satu diaper beg

Letak barang yang kita perlukan dalam diaper beg. contoh: selimut, topi, purse, minuman. Handbag Ros pun tak bawa balik.

5. bawa satu beg luggage sahaja

Ni mak mertua dah pesan awal-awal. Tak payah bawa banyak sangat baju. Pakai je apa-apa baju yang ada kat kampung.

6. nikmati setiap saat

Yang ni penting... oleh kerana kitorang dah decide naik bas, so kenalah nikmati setiap saat. Even bas lambat datang.. jem lagi.. banyakkan bersabar ye. :-)

7. supplemen atau vitamin jangan lupa bawa

Mesti korang tahu kan, aircond dalam bas sejuk. Kemungkinan anak nak selsema tu ada. Ros akan make sure supplemen Luqman Omega dan Vit C chewable tak tertinggal di rumah.

Omega dan Vit C chewable untuk Luqman. Kalau nak juga untuk anak korang, boleh klik sini untuk order.
Ok. Itu saja tips travel bersama  bayi dari Ros.

Banyak lagi impian Luqman ni. Next.. Luqman nak naik aeroplane, pastu nak naik helicopter. Hoho.. Ros nak kena pikir camner nak sewa helicopter plak pasni.

Nantikan tips travel seterusnya.. 
tips travel bersama anak naik kapal terbang :-)



Wednesday 3 December 2014

Testimoni Set Bersalin

Assalamualaikum

Hari ni Ros nak share testimoni Set Bersalin Shaklee atau sesetengah orang panggil Set Berpantang Shaklee. Biasanya bila kita baca testi penguna lain mesti kita rasa nak cuba sebab set tu dah terbukti berkesan.

Waktu survey set bersalin sebelum ni, Ros pun terpengaruh lepas baca testi pengguna lain. Sebab tu terbeli Minyak Kelapa Dara Tanamera :-) 

Tapi Set Bersalin Shaklee ni memang Ros ambil sebab waktu mengandung dah amalkan Set Hamil Shaklee. Just tambah satu dua supplement lagi, dah dapat Set Bersalin Shaklee. Itulah yang bestnya Set Shaklee ni.

Boleh baca di entry ini pasal testimoni Ros sendiri. :-)

Ramai lagi pengguna yang berpuas hati dengan Set Bersalin Shaklee. Jom tengok apa kata mereka..
 

 Testimoni 1



Sis ni macam saya. Berpantang anak pertama tak habis pun guna set bersalin brand lain. Tapi dengan Set Berpantang Shaklee, lepas habis pantang pun masih boleh guna.

Testimoni 2 


Sis ni pula berjaya menyusukan anak beliau setelah amalkan Shaklee. Dengan Set Bersalin Shaklee, luka cepat sembuh dan susu meriah. Susu meriah waktu pantang memainkan peranan penting dalam penyusuan anak. Ada sesetengah orang bila susu sikit waktu pantang, terus give up nak breastfeed baby.

Ros punya impian nak menyusukan Maryam sehingga umur 2 tahun. Alhamdulillah abang Maryam, Luqman menyusu badan sampai umur 2 tahun lebih.

Testimoni 3


Sis ni amalkan Shaklee dari waktu mengandung sampai lah anak beliau umur 2 tahun. Waktu pantang, badan cergas sampai mak tegur tak macam orang bersalin. 

Memang betul. Ros pun masa bersalin Maryam, saudara yang datang melawat tanya dah habis berpantang ke? Padahal baru hari ke-14. Alhamdulillah Set Bersalin Shaklee memang membantu.

Kalau masih belum ada set bersalin, pm/whatsapp Ros cepat-cepat.
Set Bersalin Shaklee takkan mengecewakan anda. 

pm/whatsapp 019- 367 3245
email: a.rosmawati@hotmail.com / ummisfav@gmail.com

FB page: Ummi's Favorites
SID: 1134 656




Friday 28 November 2014

Panduan Membeli Set Bersalin Yang Boleh Guna Walaupun Dah Habis Pantang

Assalamualaikum

Sememangnya semua ibu-ibu hamil inginkan proses berpantang berjalan dengan lancar. Tentu ada yang tertanya-tanya panduan membeli set bersalin terbaik untuk kegunaan di dalam pantang nanti. Pemilihan set yang betul bakal menjadi satu pengalaman yang indah untuk dikenang.  

panduan membeli set berpantang

Ros dulu pun ada juga survey set bersalin yang terdapat di pasaran. Antara yang berkenan di hati adalah Set Tanamera. Semuanya gara-gara baca testimoni di Majalah Pa&Ma. :-)

Kebanyakan testimoni pengguna Minyak Kelapa Dara dari Tanamera ni kata tiada koyakan semasa bersalin. Bila tiada koyakan maka tiadalah jahitan episiotomi. So memang Ros harap sangat waktu bersalin anak kedua ni.. tak kena jahit.

Kenapa tak nak dijahit? Hohoho. Masih terbayang-bayang pengalaman bersalin anak pertama. Walaupun baby kecil, tapi masih digunting. Bila kena dijahit, kita kena lebih berjaga-jaga atau lebih berhati-hati takut luka episiotomi terbuka atau berdarah.

So di sini Ros nak berikan panduan untuk memilih set bersalin berdasarkan pengalaman diri sendiri:

Panduan Membeli Set Bersalin

 

1. Boleh diambil seawal mungkin

Kalau boleh guna dari sebelum bersalin, lagi bagus. Kalau tak, selepas bersalin  boleh terus ambil. Bukan yang lepas seminggu, baru boleh ambil. 

Kalau anak jaundis, ada sesetengah set bersalin tidak boleh diambil selagi anak belum sembuh.


2. Boleh mempercepatkan penyembuhan luka

Yang ni penting sebab kita mesti nak luka sembuh secepat mungkin. Banyak implikasi kalau luka lambat sembuh. 

Bila lambat sembuh, macam mana kita nak kembali cergas untuk jaga anak yang baru lahir.

3. Ada Minyak Kelapa Dara

Kalau taknak ada koyakan, amalkan minyak kelapa dara seawal minggu ke-35. Rajin-rajinkan lah diri buat urutan perineum. Boleh rujuk sini untuk cara urutan perineum.

4. Boleh menenangkan perasaan ibu baru bersalin

Emosi ibu baru bersalin ni tak stabil. Dahlah penat melahirkan anak, nak sesuaikan diri dengan rutin baru seperti bangun malam menyusukan anak. Boleh meroyan kalau tak jaga emosi betul-betul.


5. Boleh elakkan sembelit

Bab sembelit dalam pantang ni Ros memang fobia. Siapa yang pernah rasa sembelit, mesti tahu keperitannya. Kalau kena waktu pantang..lagi lah teruk.

Baca entry ini untuk tahu cara elak sembelit dalam pantang.

6. Boleh membekalkan nutrisi 

Antara sebab terjadinya sembelit sebab kita kurang makan makanan berserat. Waktu pantang kan, itu tak boleh makan. Ini tak boleh makan. Mana tak cukup nutrisi.

Ros harap panduan di atas membantu ibu-ibu hamil memilih set yang terbaik untuk kegunaan dalam pantang nanti. 

Kalau tanya Ros lah kan, Ros akan beli Minyak Kelapa Dara sahaja ditambah dengan Set Bersalin Shaklee. Lain orang, lain pendapat kan. Terpulang pada diri masing-masing.

Hari tu Ros beli Minyak Kelapa Dara Tanamera. Alhamdulillah tercapai impian bersalin tanpa sebarang koyakan. Syukur sangat-sangat.
vco tanamera
Minyak Kelapa Dara Tanamera

Ros ada share di entry sebelum ni kenapa Ros memilih Set Bersalin Shaklee. Boleh baca di sini

Satu yang Ros suka pasal Set Bersalin Shaklee, ianya untuk kegunaan selama lebih kurang 4 bulan. Maksudnya, lepas pantang pun Ros boleh sambung makan. Hah.. tiada pembaziran.

set berpantang shaklee
Set Bersalin Asas Shaklee. Boleh juga tambah Ostematrix

Untuk ibu-ibu hamil yang masih tercari-cari Set Bersalin, buatlah pilihan yang bijak. Dapatkan set yang berbaloi untuk duit yang anda laburkan. Make sure set yang anda beli tu boleh guna sampai habis. Kalau tak habis guna masa dalam pantang,make sure still boleh diambil selepas pantang.

Untuk dapatkan Set Bersalin Shaklee, boleh hubungi Ros seperti di bawah:  
pm/whatsapp 019-367 3245
email: a.rosmawati@hotmail.com / ummisfav@gmail.com 
FB page: Ummi's Favorites
ID: 1134 656 




Monday 24 November 2014

Cara Install CommentLuv Di Blogger

Assalamualaikum
  
Yeay.. Ros baru je letak CommentLuv di blog Ros sebab dah janji dengan kak Lin Chalo dari SweetBonda. Cara install CommentLuv di blogger atau blogspot ni sebenarnya agak senang. Ingatkan susah..


Tahu tak korang yang CommentLuv boleh membantu blog korang berada di rank teratas di carian google? Bila orang singgah di blog korang dan komen, mereka akan meninggalkan backlink di blog kita. 

Dengan link yang ditinggalkan juga, senang kita nak blogwalking ke blog mereka pula. Saling singgah-menyinggah. :-)

Hah.. kalau dah tahu, cepat-cepatlah install CommentLuv.

Cara install CommentLuv

Untuk tutorial bergambar boleh tengok di sini.  

Memang jelas penerangan yang diberikan. Just ikut step by step yang dia tunjuk.

Selamat mencuba. 

Bila-bila masa, datanglah singgah sini lagi. Ros nak share pengalaman menarik dari zaman study di Jerman dulu sampai la ke pengalaman membesarkan anak-anak.

InsyaAllah.