Saturday 4 October 2014

5 Barang Yang Perlu Dibawa Masuk Ke Labor Room


Assalamualaikum

Saya telah selamat bersalin anak kedua pada hujung Ogos baru ni. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Sakit pun tak lama. Nanti saya ceritakan pasal pengalaman bersalin.

Hari ni nak cerita pasal barang yang perlu dibawa masuk ke dalam labor room. Saya bersalin di Hospital Sg. Buloh. Anak sulung pun bersalin situ. Walaupun bersalin di hospital yang sama, saya tak ingat barang apa perlu dibawa. Minggu-minggu terakhir tu still gugel cari info.

Untuk rujukan masa akan datang, saya listkan di sini. Sebagai panduan untuk Mommies di luar sana juga.

5 barang untuk dibawa masuk ke dalam labor room:

- baju newborn (seluar tak payah)
- sekeping pampers
- lampin kain
- receiving blanket
- pad dan seluar dalam si ibu


5 barang tu je yang dibenarkan bawa masuk. Letak dalam satu plastik beg. Senang nak pegang. Barang yang lain tak payah lagi.
Lepas bersalin.. dapat katil baru bawak beg yang kita pack dan standby sejak masuk trimester ke-3. Eh.. maksudnya dah ada dalam kereta. Janganla beg tu kat rumah lagi.

Handset tak dibenarkan bawa masuk labor room. Pass siap-siap kat suami bila anda rasa "dah nak bersalin dah ni.." Jangan risau.. kalo dah masuk labor room.. misi akan tolong panggilkan suami.

Saya doakan Mommies selamat melahirkan permata hati kalian. Selamat berpantang pulak lepas tu.