Baru-baru ni Ros sekeluarga balik kampung naik bas. Biasa kitorang balik naik kereta je. Tapi demi merealisasikan impian Luqman balik kampung naik bas, kami pun try la sekali. So kali ni Ros nak share tips travel bersama bayi naik bas.
Untuk pengetahuan korang, Maryam kecik lagi. Baru 3 bulan lebih. Luqman plak dah 2 tahun 9 bulan. Dah pandai cakap dan minta macam-macam. Ni nak naik bas pun sebab tengok tok dengan wan dia datang KL naik bas.
![]() |
Gambar hiasan. Teringat dulu naik bas travel dr Rosenheim, Germany ke Venice, Italy |
Tips travel bersama bayi dan anak kecik naik bas
1. pilih perjalanan waktu malam
Ros cadangkan naik bas dalam pukul 6 petang ke atas. Waktu mula-mula naik bas, Luqman sangat eksaited. Siap cakap kuat-kuat, Kita naik bas kan, Ummi. Hehe. Tersenyum Ros.Selepas dah enjoy scenery kat luar dalam 2 3 jam perjalanan, dia pun tertido.
2. pilih bas yang seat dia besar
Yang ni penting supaya kita selesa. Ros pangku Maryam sepanjang perjalanan. Alhamdulillah Maryam ok. Sengih je kalau tak tido.3. ambil satu seat untuk anak kecil
Untuk Luqman memang kitorang ambil satu seat. Seronok sungguh dia ada seat sendiri.![]() |
Luqman yang dah penat cakap "Kita naik bas kan Ummi". Lagu Wheel on The Bus pun dah nyanyi banyak kali |
4. semua keperluan anak dalam satu diaper beg
Letak barang yang kita perlukan dalam diaper beg. contoh: selimut, topi, purse, minuman. Handbag Ros pun tak bawa balik.5. bawa satu beg luggage sahaja
Ni mak mertua dah pesan awal-awal. Tak payah bawa banyak sangat baju. Pakai je apa-apa baju yang ada kat kampung.
6. nikmati setiap saat
Yang ni penting... oleh kerana kitorang dah decide naik bas, so kenalah nikmati setiap saat. Even bas lambat datang.. jem lagi.. banyakkan bersabar ye. :-)
7. supplemen atau vitamin jangan lupa bawa
Mesti korang tahu kan, aircond dalam bas sejuk. Kemungkinan anak nak selsema tu ada. Ros akan make sure supplemen Luqman Omega dan Vit C chewable tak tertinggal di rumah.
![]() |
Omega dan Vit C chewable untuk Luqman. Kalau nak juga untuk anak korang, boleh klik sini untuk order. |
Banyak lagi impian Luqman ni. Next.. Luqman nak naik aeroplane, pastu nak naik helicopter. Hoho.. Ros nak kena pikir camner nak sewa helicopter plak pasni.
Nantikan tips travel seterusnya..
Nantikan tips travel seterusnya..
tips travel bersama anak naik kapal terbang :-)
Thanks for d tips. Memang ada cadang nak naik bas bersama anak.
ReplyDeletebudak- budak memang excited nak naik bas.
ReplyDeletesemoga perjalanan ezuddin dipermudahkan.
tiba2 saya teringin nak balik kampung... dulu masa kat KL pun balik kampung naik bas sebab takder hal nak keluar ke mana2... lepak rumah jer
ReplyDeletelama x naik bus..dulu klau nak naik bus mesti takut sebab ada anak kecik
ReplyDelete