Monday, 10 November 2014

Resepi Homemade Play Dough- MUDAH dan SELAMAT untuk Anak Suka Mengutip Masuk Mulut

Assalamualaikum

Dah lama nak share resepi homemade play dough ni. Berkali-kali dah buat. Hasil memang tak mengecewakan.
Bahan- bahan pun MUDAH didapati. Yang paling penting, SELAMAT untuk anak kecil yang suka mengutip atau masih dalam fasa 'mouthing' sebab semua bahan adalah bahan yang kita selalu guna untuk buat kek.

Homemade Play Dough

Jom tengok apa bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan: 

1 cawan tepung gandum
setengah cawan garam
2 sudu besar cream tartar
1 sudu besar minyak masak
1 cawan air
beberapa titis pewarna makanan


DIY play dough
Tulis kat Sticky Post-It tampal kat cabinet dapur dulu. Asyik jatuh je. Sebelum hilang, baik tulis kat blog. :)

Cara-cara membuat:

1. gaulkan semua bahan-bahan dlm periuk
2. setelah sebati, masak atas api sederhana
3. kacau selalu
4. tutup api bila bertukar kepada doh


Part gaul tu, kita boleh suruh anak kita gaul sendiri. Of course part masak atas api, kita yang kena buat. Unless anak kita memang dah besar dan boleh kendalikan peralatan di dapur dengan baik.

Kebaikan bermain play dough:

1. mengasah kemahiran motor halus

walaupun anak kita masih tak tahu nak membentuk sesuatu objek dengan play dough tu, tapi dia masih boleh mencucuk batang ais krim (popsicle stick) atau pipe cleaner di playdough tu. Kepentingannya sama seperti bermain dengan water bead.

2. mengasah kretiviti dan daya imaginasi

terdapat banyak idea untuk bermain dengan playdoh. Anda boleh bagi googly eye. Boleh suruh anak membuat bentuk orang atau alien.

3. mengasah kemahiran berbahasa

ketika bermain, kita boleh beritahu anak apa warna playdough. apa yang sedang dia buat. sebagai contoh, membentuk bulat seperti guli. atau panjang seperti ular.

Banyak lagi kebaikan bermain playdough. Boleh refer sini.

Terdapat banyak idea untuk bermain play dough. Jadilah ibubapa yang kreatif. Paling tidak pun, bagi cookies cutter.


Kalau risau rumah bersepah, lantai berminyak sebab main play dough. Takyah buat. Biar cikgu kat taska je ajar anak kita. Walaupun sebenarnya, tanggungjawab mendidik anak bermula dengan ibubapa di rumah. Bukan cikgu-cikgu di taska. Bukan babysitter.

 



2 comments:

  1. hehe.. kita yang dah dewasa ni pun suka tgk dorg ni main playdoh

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah kan. kdg2 kite plak terlebih excited.

      Delete