Friday 10 October 2014

Set Bersalin Pilihan Saya


Assalamualaikum

Nak tahu set bersalin pilihan saya?

Pengalaman berpantang anak pertama dengan set bersalin berasaskan jamu membuatkan saya memilih set bersalin Shaklee untuk berpantang kali kedua.

Kenapa saya memilih set bersalin Shaklee?

- Set bersalin Shaklee boleh diambil sejurus selepas kelahiran bayi.

Sewaktu berpantang anak pertama.. bayi mengalami jaundis. Emak menasihatkan saya supaya menangguhkan dahulu pengambilan jamu. Selepas dua minggu baru saya ambil.

Sewaktu berpantang anak kedua... saya mengambil semua supplement sejak hari pertama lagi. Ianya selamat walaupun bayi mengalami jaundis. Yang bestnya, dalam masa 5 hari sahaja anak saya bebas jaundis.

- Set bersalin Shaklee mengandungi Zinc yang membantu mempercepatkan luka dan mengurangkan masalah keguguran rambut.

Sewaktu berpantang anak pertama.. luka bersalin lambat sembuh dan saya mengalami keguguran rambut yang teruk.

Sewaktu berpantang anak kedua..  masalah keguguran rambut saya berkurangan. Alhamdulillah..Saya tidak dijahit kerana luka hanya 1 cm.  Saya mengharapkan Zinc mempercepatkan proses penyembuhan luka. Ya. memang luka saya cepat baik.

- Set bersalin Shaklee mengandungi B-complex.

Sewaktu berpantang anak pertama... saya amat stress. Banyak faktor yang menyebabkan saya stress. Antaranya:
- ditahan di hospital terlalu lama.
- demam selepas kelahiran anak
- jaundis anak tinggi
- anak kerap berjaga malam

Sewaktu berpantang anak kedua.. saya menjadi lebih tenang dengan pengambilan B- complex. Saya juga berasa  lebih bertenaga. Saudara mara yang melawat pun pelik. Tak macam orang dalam pantang. Saya masih boleh melayan anak sulung yang bersama saya semasa berpantang. 

- Set bersalin Shaklee mengandungi Vitalea iaitu multivitamin.

Sewaktu berpantang anak pertama.. saya mengambil multivitamin yang diberi oleh hospital. Tahukah anda multivitamin itu adalah multivitamin sintetik? 

Sewaktu berpantang anak kedua.. saya mengambil Vitalea. Untuk pengetahuan semua, kesemua supplement Shaklee adalah selamat dan semulajadi. Telah banyak wang dilaburkan untuk memastikan produk Shaklee sentiasa selamat, sentiasa berfungsi dan sentiasa mesra alam.

Sewaktu berpantang, banyak makanan kita tidak boleh ambil. Dengan Vitalea, saya tetap mendapat nutrisi yang diperlukan untuk memulihkan kembali kesihatan diri.

- Set bersalin Shaklee mengandungi Vitamin C

Sewaktu berpantang anak pertama... saya demam pada hari pertama. Pulang ke rumah demam lagi kerana bengkak susu pula.

Sewaktu berpantang anak kedua.. saya terus mengambil Vitamin C. Bimbang akan demam lagi. Alhamdulillah. Demam tiada. Vitamin C memang membantu meningkatkan sistem imun badan.

_____________________________________________________

Jika anda akan menjadi ibu buat pertama kali, saya berharap anda tidak perlu merasai pengalaman berpantang yang tidak menyenangkan. Sangat perit.

Jika anda pernah berpantang dengan set bersalin berasaskan jamu dan mengalami pengalaman yang sama seperti saya ketika berpantang anak pertama, cubalah Set bersalin Shaklee. Pasti tidak mengecewakan.

Saya hanya berkongsi apa yang telah saya alami. 
Memang pengalaman berpantang anak kedua dengan Set bersalin Shaklee amat menggembirakan saya.

Tu testimoni saya. Nak tengok testimoni live dari pengguna Set Bersalin Shaklee? Jemput tengok video di bawah.
 

Ibu Muda Ini Serik Nak Beranak Lagi Sbb Seksa Pantang. Apa Yg Buat Dia Berubah? from iReach HD on Vimeo.

Masih tak percaya dengan Set Bersalin Shaklee? Boleh hubungi saya seperti di bawah untuk pertanyaan lanjut.

pm/whatsapp 019- 367 3245
email: a.rosmawati@hotmail.com

FB page: Ummi's Favorites
SID: 1134 656

Saya harap anda tak perlu melalui pengalaman berpantang yang memeritkan seperti saya dah Puan Khadeejah. Betul saya taknak anda laluinya. Pilihlah Set Bersalin Shaklee.

Untuk order terus Set bersalin ni, boleh klik sini.

Disclaimer: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.