Friday 31 October 2014

Komposisi Susu Ibu (Part 1)

Assalamualaikum

Semua orang tahu bahawa susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi yang baru lahir. Tetapi ada juga ibu-ibu yang memberikan bayi mereka susu formula seawal bayi dilahirkan.

Tahukah anda bahawa komposisi susu ibu sangat-sangat unik. Komposisinya berubah seiring usia bayi.

Komposisi Susu Ibu

Kolostrum

Pada awal kelahiran bayi, cecair yang keluar dari payudara si ibu dinamakan kolostrum. Kolostrum ini berwarna putih kekuningan. Ia juga digelar titisan emas atau cecair emas. Kenapa ia digelar sedemikian?

Gambar kiri: Kolostrum hari ke-4, Kanan: Susu matang hari ke-8 



Sumber: sini

Emas adalah sangat berharga. Begitu juga kolostrum. Kolostrum kaya dengan karbohidrat, protein dan antibodi. Ia memiliki kandungan imun yang tinggi untuk melindungi bayi yang baru lahir kerana mereka belum pernah terdedah kepada udara dan persekitaran di luar rahim si ibu. 

Kolostrum juga mudah dicerna. Perut bayi yang baru lahir hanya sebesar buat ceri. Kecilkan? Ketika bayi berusia 3 hari, saiz perutnya adalah sebesar walnut. Selepas seminggu lahir baru sebesar apricot.  

Cuba bayangkan jika kita beri bayi yang baru lahir minum susu formula 2oz?

Ramai ibu bimbang anak mereka kelaparan kerana kolostrum keluar hanya beberapa titis. Percayalah ianya cukup untuk bayi anda.  

Tidak perlu beri air masak. Air masak tidak mempunyai khasiat untuk bayi. Malah berbahaya kepada bayi yang baru lahir. Antaranya boleh menyebabkan sawan tarik dan menghakis lapisan pelindung di perut bayi. Sebaliknya, kolostrum dapat melindungi saluran pencernaan bayi.  


Monday 27 October 2014

ESP Sesuai Untuk Siapa?


Assalamualaikum

ESP atau Energizing Soy Protein merupakan supplement Shaklee yang dibuat daripada protein soya non-GMO.Ia juga mempunyai 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh badan kita.

ESP sesuai untuk siapa?

Kebiasaan orang mengambil ESP untuk tujuan tertentu. Biasanya untuk menyelesaikan masalah yang sedang mereka hadapi. Sebagai contoh:

1. Ibu menyusu yang ingin menyusukan anaknya secara eksklusif tetapi susu makin hari makin kurang

- so ambil ESP sebagai milk booster. Tapi still kena ikut konsep "supply vs demand".

2. Orang yang tak boleh menelan pil atau kapsul vitamin. Mencari altenatif lain atau supplement dalam bentuk serbuk

- so bancuh ESP dengan minuman kegemaran seperti milo atau horlick. Dapat juga tampung mana-mana nutrisi yang kurang dari badan.

3. Orang yang ada gastrik tapi terlalu busy untuk ambil breakfast atau tak lalu nak makan breakfast.

- so minum ESP pagi-pagi sebagai  breakfast. Rasa kenyang lebih lama. 

Adakah anda tergolong dalam 3 kategori di atas? Jika tidak.. hubungi saya untuk konsultasi dan penerangan adakah ESP sesuai untuk anda. pm/ whatsapp 019-367 3245 ye.

Anda nak kurus? Anda nak tambah berat badan? Anda mencari Energy booster sebab selalu rasa penat?

ESP boleh membantu. Tapi kena ikut jadual pengambilan yang betul.. baru hasrat anda tercapai.

pm/whatsapp 019-367 3245
email: a.rosmawati@hotmail.com
SID: 1134 656


Konsultasi eksklusif dan terbaik akan diberi kepada pelanggan kesayangan saya.
Nak order sendiri pun boleh. Klik sini ye.

Tuesday 21 October 2014

4 Pantang Larang ESP Yang Mesti Anda Tahu


Assalamualaikum..

Tiba je bulan Promosi ESP buy 6 free 1 ni, di mana-mana saja orang promote kebaikan, kelebihan, keistimewaan dan keberkesanan ESP ni. Tak dinafikan ESP memang terbaik. Ini saya akui. Tapi...

Tahukah anda ESP ada pantang larangnya yang tersendiri?

Hah..jangan main beli je. Kena ambil tahu pantang larang ni.

1. ESP dilarang dibancuh bersama air panas.

Ini kerana ESP terdiri daripada protein. Protein akan musnah pada suhu yang tinggi.

2. ESP tidak boleh diambil lebih daripada 3 sudu besar.

Protein yang diambil berlebihan boleh membebankan buah pinggang. Lagi-lagi kalau anda kurang minum air.

3. ESP tidak boleh diberikan kepada bayi dan kanak-kanak di bawah 1 tahun.

Kanak-kanak dan bayi memerlukan pelbagai nutrien untuk tumbesaran mereka. Bukan protein semata-mata. Lagi elok bagi Mealshake kepada kanak-kanak.

4. ESP tidak boleh dibancuh bersama minuman berkafein.

Minuman berkafein seperti kopi dan teh akan menghalang penyerapan nutrien ke dalam tubuh badan. Tak ke rugi.. minum tapi tak dapat sebarang khasiat.

Ada lagi pantang larang yang lain. Nak tahu lanjut boleh pm/whatsapp saya di 019-367 3245. Saya tunggu. :-)

Dah tahu pantang larang ESP ni.. boleh la sambung minum. Hihihi. Bagi yang belum cuba, boleh dapatkan satu canister daripada saya.

pm/whatsapp 019-367 3245
email: a.rosmawati@hotmail.com
SID: 1134656

Konsultasi eksklusif dan terbaik akan diberi kepada pelanggan kesayangan saya.
Nak order sendiri pun boleh. Klik sini ye.

Sunday 19 October 2014

4 Tanda-Tanda Hampir Bersalin


Assalamualaikum

Tahukah anda apabila kepala bayi telah turun ke bawah atau dipanggil engaged, anda harus bersedia kerana boleh bersalin pada bila-bila masa sahaja.

Jom tengok 4 lagi tanda-tanda hampir bersalin.

1. Keluar lendir pekat bercampur darah

Lendir ini boleh keluar beberapa hari sebelum hari bersalin.

Macam Ros sewaktu anak kedua, keluar hari ini, esok Ros bersalin. Ros ingat keputihan biasa-biasa sahaja walaupun warnanya sedikit coklat. Ros masih buat-buat tak tahu.

2. Sakit belakang

Sakit belakang ini agak berbeza daripada sakit belakang yang selalu kita rase sepanjang kehamilan kita. Ia terasa lebih kuat dan sakit di bahagian bawah belakang.

3. Kontraksi yang kerap, konsisten

Kontraksi ini datang semakin lama semakin kerap. Anda harus perhatikan selang berapa lama ia datang dan tempoh dia datang. Sebagai contoh.. selang sejam.. kemudian selang setengah jam.. kemudian selang 15minit. Biasanya kontraksi berlangsung selama 15 hingga 30 saat.

Pengalaman Ros.. bila terasa sakit belakang dan kontraksi yang sekejap ada sekejap hilang, Ros mengambil keputusan untuk ke hospital untuk pemeriksaan. Sewaktu daftar misi tanya kenapa datang. Ros cakaplah rasa macam ada kontraksi tapi tak sure kontraksi sebenar atau Braxton Hicks. Apabila berjumpa doktor, doktor mengesahkan sudah 4cm bukaan. Alhamdulillah.. nasib baik Ros datang check.

4. Air ketuban pecah

Sesetengah ibu akan mengalami air ketuban pecah. Kalau ini berlaku.. memang kena cepat-cepat pergi hospital.

Air ketuban pecah akan mempercepatkan pembukaan servik. Kalau dah masuk labor room.. doctor akan pecahkan air ketuban supaya bukaan cepat menjadi 10 cm.

Andai kata ada mommies yang bersalin awal atau bayi belum masuk 37 minggu, ni Ros nak share pengalaman Puan Hidayah dalam menjaga anak pramatang beliau.


Menyusu Anak Pramatang Memang Mencabar, Apa Yg Perlu BUAT? from iReach HD on Vimeo.

Bayi Puan Hidayah baru 32 minggu ketika dilahirkan. Disebabkan lahir tak cukup bulan, Puan Hidayah tidak berputus asa untuk menyusukan bayi pramatang beliau supaya berat bayi cepat naik.
Apabila berat bayi cepat naik, cepatlah boleh keluar dari incubator.

So mommies jangan stress-stress. Jika Puan Hidayah boleh, anda juga pasti boleh.
Hubungi Ros jika perlukan bantuan.
pm/whatsapp 019-367 3245
email: a.rosmawati@hotmail.com / ummisfav@gmail.com
FB page: Ummi's Favorites
 
p/s: Dah ada set bersalin blom?

Kalau belum ada, apa kata anda baca panduan membeli set bersalin yang boleh guna walaupun dah habis pantang di sini. Jangan bazirkan wang anda untuk set bersalin yang akan jadi bahan hiasan selepas habis pantang. 



Friday 10 October 2014

Set Bersalin Pilihan Saya


Assalamualaikum

Nak tahu set bersalin pilihan saya?

Pengalaman berpantang anak pertama dengan set bersalin berasaskan jamu membuatkan saya memilih set bersalin Shaklee untuk berpantang kali kedua.

Kenapa saya memilih set bersalin Shaklee?

- Set bersalin Shaklee boleh diambil sejurus selepas kelahiran bayi.

Sewaktu berpantang anak pertama.. bayi mengalami jaundis. Emak menasihatkan saya supaya menangguhkan dahulu pengambilan jamu. Selepas dua minggu baru saya ambil.

Sewaktu berpantang anak kedua... saya mengambil semua supplement sejak hari pertama lagi. Ianya selamat walaupun bayi mengalami jaundis. Yang bestnya, dalam masa 5 hari sahaja anak saya bebas jaundis.

- Set bersalin Shaklee mengandungi Zinc yang membantu mempercepatkan luka dan mengurangkan masalah keguguran rambut.

Sewaktu berpantang anak pertama.. luka bersalin lambat sembuh dan saya mengalami keguguran rambut yang teruk.

Sewaktu berpantang anak kedua..  masalah keguguran rambut saya berkurangan. Alhamdulillah..Saya tidak dijahit kerana luka hanya 1 cm.  Saya mengharapkan Zinc mempercepatkan proses penyembuhan luka. Ya. memang luka saya cepat baik.

- Set bersalin Shaklee mengandungi B-complex.

Sewaktu berpantang anak pertama... saya amat stress. Banyak faktor yang menyebabkan saya stress. Antaranya:
- ditahan di hospital terlalu lama.
- demam selepas kelahiran anak
- jaundis anak tinggi
- anak kerap berjaga malam

Sewaktu berpantang anak kedua.. saya menjadi lebih tenang dengan pengambilan B- complex. Saya juga berasa  lebih bertenaga. Saudara mara yang melawat pun pelik. Tak macam orang dalam pantang. Saya masih boleh melayan anak sulung yang bersama saya semasa berpantang. 

- Set bersalin Shaklee mengandungi Vitalea iaitu multivitamin.

Sewaktu berpantang anak pertama.. saya mengambil multivitamin yang diberi oleh hospital. Tahukah anda multivitamin itu adalah multivitamin sintetik? 

Sewaktu berpantang anak kedua.. saya mengambil Vitalea. Untuk pengetahuan semua, kesemua supplement Shaklee adalah selamat dan semulajadi. Telah banyak wang dilaburkan untuk memastikan produk Shaklee sentiasa selamat, sentiasa berfungsi dan sentiasa mesra alam.

Sewaktu berpantang, banyak makanan kita tidak boleh ambil. Dengan Vitalea, saya tetap mendapat nutrisi yang diperlukan untuk memulihkan kembali kesihatan diri.

- Set bersalin Shaklee mengandungi Vitamin C

Sewaktu berpantang anak pertama... saya demam pada hari pertama. Pulang ke rumah demam lagi kerana bengkak susu pula.

Sewaktu berpantang anak kedua.. saya terus mengambil Vitamin C. Bimbang akan demam lagi. Alhamdulillah. Demam tiada. Vitamin C memang membantu meningkatkan sistem imun badan.

_____________________________________________________

Jika anda akan menjadi ibu buat pertama kali, saya berharap anda tidak perlu merasai pengalaman berpantang yang tidak menyenangkan. Sangat perit.

Jika anda pernah berpantang dengan set bersalin berasaskan jamu dan mengalami pengalaman yang sama seperti saya ketika berpantang anak pertama, cubalah Set bersalin Shaklee. Pasti tidak mengecewakan.

Saya hanya berkongsi apa yang telah saya alami. 
Memang pengalaman berpantang anak kedua dengan Set bersalin Shaklee amat menggembirakan saya.

Tu testimoni saya. Nak tengok testimoni live dari pengguna Set Bersalin Shaklee? Jemput tengok video di bawah.
 

Ibu Muda Ini Serik Nak Beranak Lagi Sbb Seksa Pantang. Apa Yg Buat Dia Berubah? from iReach HD on Vimeo.

Masih tak percaya dengan Set Bersalin Shaklee? Boleh hubungi saya seperti di bawah untuk pertanyaan lanjut.

pm/whatsapp 019- 367 3245
email: a.rosmawati@hotmail.com

FB page: Ummi's Favorites
SID: 1134 656

Saya harap anda tak perlu melalui pengalaman berpantang yang memeritkan seperti saya dah Puan Khadeejah. Betul saya taknak anda laluinya. Pilihlah Set Bersalin Shaklee.

Untuk order terus Set bersalin ni, boleh klik sini.

Disclaimer: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



Wednesday 8 October 2014

DIY: Mini Water Bead

Assalamualaikum..

Pernah dengar tentang Water bead?

Water bead dikatakan baik untuk sensory experience. Boleh baca di sini mengenai kepentingan sensory play.

Saya tak pernah cari kat mana boleh beli water bead. Memandangkan ada pilihan lain yang lebih selamat, saya memilih untuk buat sendiri.

Bahan-bahan:

- biji selasih / basil seed
- air untuk merendam
- pewarna makanan


Cara-cara:

- masukkan satu sudu besar biji selasih ke dlm bekas kecil untuk setiap warna
- masukkan sedikit pewarna
-rendam selama lebih kurang 5 minit
- pindahkan ke bekas besar untuk bermain


Sebelum bermain.. boleh tambah sedikit air supaya biji selasih tu boleh bergerak-gerak.

Memang best anak main ni. Tapi mommies la nak kena kemas lepas tu. Biji selasih ni susah sikit nak ditanggalkan kalau melekat di baju. So, make sure mommies sanggup  bersihkan sebelum cuba ye!

Saya pun masih belajar untuk menerima keadaan berselerak selepas bermain. Bagi saya, sensory experience itu lebih penting. :)




Tuesday 7 October 2014

Barang Yang Perlu Dibawa Ke Hospital Untuk Bersalin


Assalamualaikum

Bila dah masuk trimester ke-3 mesti mommies semua dah nak kena start packing barang yang perlu dibawa ke hospital. Tak tahu nak packing apa?

Di bawah saya listkan barang-barang yang perlu dibawa:


Barang Keperluan Ibu

- kain batik
- stokin
- selipar
- tuala mandi
- kelengkapan mandian/penjagaan diri ( sikat, pencuci muka, berus gigi, ubat gigi, shower gel dsb)
- maternity pad dan seluar dalam
- nursing bra dan nursing pad
- makanan ( milo 3in1, biskut, roti dsb)
- baju untuk pulang

Barang Baby

- baju newsborn
- pampers newsborn
- topi newsborn
- mitten and booties
- receiving blanket
- tuala baby
- barut
- bedung
- minyak TYT atau minyak telon lain

Semasa di hospital, ada juga mommies yang mengunakan seluar dalam pakai buang. Walaupun tak baik untuk alam sekitar.. tapi ia memudahkan. Ye lah kan. Tenaga selepas bersalin kena dipulihkan kembali. 

Selepas bersalin.. awal-awal tu memang kena elakkan membasuh atau terkena air lama-lama. Even mandi pun tak digalakkan. Dua tiga hari lepas tu baru mandi.

Kalo tanya berapa banyak pampers nak kena bawa.. berapa banyak baju newsborn nak kena bawa.. Semuanya bergantung kepada berapa hari kita stay di hospital. 

Kalau bersalin normal.. kalau takde apa-apa.. ibu dan baby sihat.. esoknya dah boleh balik rumah. Adalah lebih baik packing untuk 3 hari stay di hospital. Lagi pun kalau kena tahan lama.. husband boleh tolong hantarkan baju dan barang keperluan lain.

Jangan lupa juga untuk asingkan siap-siap, barang yang perlu dibawa masuk ke labor room. Senang nanti. Tak perlu kelam-kabut ambil satu-satu dari beg yang kita dah packing tadi. :)





Saturday 4 October 2014

5 Barang Yang Perlu Dibawa Masuk Ke Labor Room


Assalamualaikum

Saya telah selamat bersalin anak kedua pada hujung Ogos baru ni. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Sakit pun tak lama. Nanti saya ceritakan pasal pengalaman bersalin.

Hari ni nak cerita pasal barang yang perlu dibawa masuk ke dalam labor room. Saya bersalin di Hospital Sg. Buloh. Anak sulung pun bersalin situ. Walaupun bersalin di hospital yang sama, saya tak ingat barang apa perlu dibawa. Minggu-minggu terakhir tu still gugel cari info.

Untuk rujukan masa akan datang, saya listkan di sini. Sebagai panduan untuk Mommies di luar sana juga.

5 barang untuk dibawa masuk ke dalam labor room:

- baju newborn (seluar tak payah)
- sekeping pampers
- lampin kain
- receiving blanket
- pad dan seluar dalam si ibu


5 barang tu je yang dibenarkan bawa masuk. Letak dalam satu plastik beg. Senang nak pegang. Barang yang lain tak payah lagi.
Lepas bersalin.. dapat katil baru bawak beg yang kita pack dan standby sejak masuk trimester ke-3. Eh.. maksudnya dah ada dalam kereta. Janganla beg tu kat rumah lagi.

Handset tak dibenarkan bawa masuk labor room. Pass siap-siap kat suami bila anda rasa "dah nak bersalin dah ni.." Jangan risau.. kalo dah masuk labor room.. misi akan tolong panggilkan suami.

Saya doakan Mommies selamat melahirkan permata hati kalian. Selamat berpantang pulak lepas tu.



Friday 3 October 2014

Promosi Oktober 2014: ESP

Assalamualaikum..

Sekejap je dah masuk Oktober. Hujung bulan ni dah kena masuk keja balik. Kan best kalo dapat cuti bersalin setahun macam kat Jerman.

Sejak sambung berpantang di rumah sendiri, Luqman susah nak tido siang. Banyak betul aktiviti dia. Nak main tu.. nak main ni. Layan je la kan. Kena jadi Supermommy la camni. 

Yang bestnya.. bulan ni ada promotion ESP. Yeay.. so boleh la borong banyak-banyak bulan ni.

ESP: Buy 6 Free 1


ESP ni hot selling item. Saya yang tengah berpantang ni ambil ESP untuk kekal bertenaga. Yalah.. Anak yang sulung still kena layan walaupun dia dapat adik. Kang jauh hati plak dia.

Sape-sape nak jadi Supermommy jugak.. jom dapatkan ESP daripada saya.

pm/whatsapp 019- 367 3245
email: a.rosmawati@hotmail.com
SID: 1134 656

Thursday 2 October 2014

Froebel Gift 1: Yarn Ball

Assalamualaikum

Semalam Luqman duduk kat rumah lagi. 
Tak nak bagi dia bosan main dengan excavator, helicopter dll, ummi ajakla Luqman main Froebel Gift 1.
Mula-mula tu bagi dia explore dulu. Lepas dia dah explore.. baru tunjuk apa dia boleh buat dengan Gift 1.

Math

One-to-one coresspondence guna muffin tray. Sebenarnya kat rumah takde oven pun. Huhu. Memang beli untuk Luqman main. Beli pun dah lama. Sejak Luqman baby lagi.

Camne nak buat? 
Bagi sudu dan suruh dia ambil satu ball letak dalam satu lubang. Sepatutnya kalo ikut Montessori method.. kena start dari atas kiri ke kanan sebagai persediaan untuk membaca dan menulis. 
Apa-apa jela dulu. Ikut suka anak ummi.

Comparing Speed

Yang ni suka-suka juga. Ada tanya Luqman mana lebih laju. Dua-dua dia cakap laju. Mungkin kena tunjuk dua2 setup supaya dia nampak perbezaan.

Free play

Lepas-lepas tu kitorg main teka warna apa ada dalam kotak. Mula-mula ummi tanya Luqman dulu. Lepas tu turn Luqman pulak. Nak teka warna apa Luqman sorok, senang je sebab Luqman tak tutup kotak tu. Tapi ummi buat-buat tak nampak la. : p
Macam-macam bole buat dengan Gift 1. Tapi takkan nak buat semua time tu juga. Satu-satu la kan.

mmm.. nak buat apa pulak hari ni ye?