Friday 28 November 2014

Panduan Membeli Set Bersalin Yang Boleh Guna Walaupun Dah Habis Pantang

Assalamualaikum

Sememangnya semua ibu-ibu hamil inginkan proses berpantang berjalan dengan lancar. Tentu ada yang tertanya-tanya panduan membeli set bersalin terbaik untuk kegunaan di dalam pantang nanti. Pemilihan set yang betul bakal menjadi satu pengalaman yang indah untuk dikenang.  

panduan membeli set berpantang

Ros dulu pun ada juga survey set bersalin yang terdapat di pasaran. Antara yang berkenan di hati adalah Set Tanamera. Semuanya gara-gara baca testimoni di Majalah Pa&Ma. :-)

Kebanyakan testimoni pengguna Minyak Kelapa Dara dari Tanamera ni kata tiada koyakan semasa bersalin. Bila tiada koyakan maka tiadalah jahitan episiotomi. So memang Ros harap sangat waktu bersalin anak kedua ni.. tak kena jahit.

Kenapa tak nak dijahit? Hohoho. Masih terbayang-bayang pengalaman bersalin anak pertama. Walaupun baby kecil, tapi masih digunting. Bila kena dijahit, kita kena lebih berjaga-jaga atau lebih berhati-hati takut luka episiotomi terbuka atau berdarah.

So di sini Ros nak berikan panduan untuk memilih set bersalin berdasarkan pengalaman diri sendiri:

Panduan Membeli Set Bersalin

 

1. Boleh diambil seawal mungkin

Kalau boleh guna dari sebelum bersalin, lagi bagus. Kalau tak, selepas bersalin  boleh terus ambil. Bukan yang lepas seminggu, baru boleh ambil. 

Kalau anak jaundis, ada sesetengah set bersalin tidak boleh diambil selagi anak belum sembuh.


2. Boleh mempercepatkan penyembuhan luka

Yang ni penting sebab kita mesti nak luka sembuh secepat mungkin. Banyak implikasi kalau luka lambat sembuh. 

Bila lambat sembuh, macam mana kita nak kembali cergas untuk jaga anak yang baru lahir.

3. Ada Minyak Kelapa Dara

Kalau taknak ada koyakan, amalkan minyak kelapa dara seawal minggu ke-35. Rajin-rajinkan lah diri buat urutan perineum. Boleh rujuk sini untuk cara urutan perineum.

4. Boleh menenangkan perasaan ibu baru bersalin

Emosi ibu baru bersalin ni tak stabil. Dahlah penat melahirkan anak, nak sesuaikan diri dengan rutin baru seperti bangun malam menyusukan anak. Boleh meroyan kalau tak jaga emosi betul-betul.


5. Boleh elakkan sembelit

Bab sembelit dalam pantang ni Ros memang fobia. Siapa yang pernah rasa sembelit, mesti tahu keperitannya. Kalau kena waktu pantang..lagi lah teruk.

Baca entry ini untuk tahu cara elak sembelit dalam pantang.

6. Boleh membekalkan nutrisi 

Antara sebab terjadinya sembelit sebab kita kurang makan makanan berserat. Waktu pantang kan, itu tak boleh makan. Ini tak boleh makan. Mana tak cukup nutrisi.

Ros harap panduan di atas membantu ibu-ibu hamil memilih set yang terbaik untuk kegunaan dalam pantang nanti. 

Kalau tanya Ros lah kan, Ros akan beli Minyak Kelapa Dara sahaja ditambah dengan Set Bersalin Shaklee. Lain orang, lain pendapat kan. Terpulang pada diri masing-masing.

Hari tu Ros beli Minyak Kelapa Dara Tanamera. Alhamdulillah tercapai impian bersalin tanpa sebarang koyakan. Syukur sangat-sangat.
vco tanamera
Minyak Kelapa Dara Tanamera

Ros ada share di entry sebelum ni kenapa Ros memilih Set Bersalin Shaklee. Boleh baca di sini

Satu yang Ros suka pasal Set Bersalin Shaklee, ianya untuk kegunaan selama lebih kurang 4 bulan. Maksudnya, lepas pantang pun Ros boleh sambung makan. Hah.. tiada pembaziran.

set berpantang shaklee
Set Bersalin Asas Shaklee. Boleh juga tambah Ostematrix

Untuk ibu-ibu hamil yang masih tercari-cari Set Bersalin, buatlah pilihan yang bijak. Dapatkan set yang berbaloi untuk duit yang anda laburkan. Make sure set yang anda beli tu boleh guna sampai habis. Kalau tak habis guna masa dalam pantang,make sure still boleh diambil selepas pantang.

Untuk dapatkan Set Bersalin Shaklee, boleh hubungi Ros seperti di bawah:  
pm/whatsapp 019-367 3245
email: a.rosmawati@hotmail.com / ummisfav@gmail.com 
FB page: Ummi's Favorites
ID: 1134 656 




4 comments:

  1. Assalamualaikum..betul tu..cik dila pun dok tgh survey.sb yg dlu gne tak hbis pun..tp vitamin shaklee mmg terbaikk!!

    ReplyDelete
  2. Yes...mmg kena pilih betul2 supaya tak membazir...

    Lg satu kena pk kita akn makan tak semuanya..mcm syu dulu amik set org kampung time anak 1st, tp xmkn ubat periuk pun sbb xtahan pahit...

    ReplyDelete
  3. dua kali bersalin, dua kali membazir sbb tak habis pun makan n guna jamu2.
    salah satunya sbb baby jaundis...

    ReplyDelete
  4. Zarith pun pakai shaklee je masa lepas bersalin. Alhamdulillah badan sihat dan segar, plus takde la amik jamu-jamu, cuma amalkan pemakanan sihat je =)

    Done follow kak ros, jemput la follow blog baru zarith =x

    ReplyDelete