Sunday 19 October 2014

4 Tanda-Tanda Hampir Bersalin


Assalamualaikum

Tahukah anda apabila kepala bayi telah turun ke bawah atau dipanggil engaged, anda harus bersedia kerana boleh bersalin pada bila-bila masa sahaja.

Jom tengok 4 lagi tanda-tanda hampir bersalin.

1. Keluar lendir pekat bercampur darah

Lendir ini boleh keluar beberapa hari sebelum hari bersalin.

Macam Ros sewaktu anak kedua, keluar hari ini, esok Ros bersalin. Ros ingat keputihan biasa-biasa sahaja walaupun warnanya sedikit coklat. Ros masih buat-buat tak tahu.

2. Sakit belakang

Sakit belakang ini agak berbeza daripada sakit belakang yang selalu kita rase sepanjang kehamilan kita. Ia terasa lebih kuat dan sakit di bahagian bawah belakang.

3. Kontraksi yang kerap, konsisten

Kontraksi ini datang semakin lama semakin kerap. Anda harus perhatikan selang berapa lama ia datang dan tempoh dia datang. Sebagai contoh.. selang sejam.. kemudian selang setengah jam.. kemudian selang 15minit. Biasanya kontraksi berlangsung selama 15 hingga 30 saat.

Pengalaman Ros.. bila terasa sakit belakang dan kontraksi yang sekejap ada sekejap hilang, Ros mengambil keputusan untuk ke hospital untuk pemeriksaan. Sewaktu daftar misi tanya kenapa datang. Ros cakaplah rasa macam ada kontraksi tapi tak sure kontraksi sebenar atau Braxton Hicks. Apabila berjumpa doktor, doktor mengesahkan sudah 4cm bukaan. Alhamdulillah.. nasib baik Ros datang check.

4. Air ketuban pecah

Sesetengah ibu akan mengalami air ketuban pecah. Kalau ini berlaku.. memang kena cepat-cepat pergi hospital.

Air ketuban pecah akan mempercepatkan pembukaan servik. Kalau dah masuk labor room.. doctor akan pecahkan air ketuban supaya bukaan cepat menjadi 10 cm.

Andai kata ada mommies yang bersalin awal atau bayi belum masuk 37 minggu, ni Ros nak share pengalaman Puan Hidayah dalam menjaga anak pramatang beliau.


Menyusu Anak Pramatang Memang Mencabar, Apa Yg Perlu BUAT? from iReach HD on Vimeo.

Bayi Puan Hidayah baru 32 minggu ketika dilahirkan. Disebabkan lahir tak cukup bulan, Puan Hidayah tidak berputus asa untuk menyusukan bayi pramatang beliau supaya berat bayi cepat naik.
Apabila berat bayi cepat naik, cepatlah boleh keluar dari incubator.

So mommies jangan stress-stress. Jika Puan Hidayah boleh, anda juga pasti boleh.
Hubungi Ros jika perlukan bantuan.
pm/whatsapp 019-367 3245
email: a.rosmawati@hotmail.com / ummisfav@gmail.com
FB page: Ummi's Favorites
 
p/s: Dah ada set bersalin blom?

Kalau belum ada, apa kata anda baca panduan membeli set bersalin yang boleh guna walaupun dah habis pantang di sini. Jangan bazirkan wang anda untuk set bersalin yang akan jadi bahan hiasan selepas habis pantang. 



3 comments:

  1. Panduan yang berguna ni =)

    http://butikgebugebu.blogspot.com/2014/10/kekurangan-air-boleh-menyebabkan.html

    ReplyDelete
  2. semoga bermanfaat untuk semua :)

    ReplyDelete