Friday 31 October 2014

Komposisi Susu Ibu (Part 1)

Assalamualaikum

Semua orang tahu bahawa susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi yang baru lahir. Tetapi ada juga ibu-ibu yang memberikan bayi mereka susu formula seawal bayi dilahirkan.

Tahukah anda bahawa komposisi susu ibu sangat-sangat unik. Komposisinya berubah seiring usia bayi.

Komposisi Susu Ibu

Kolostrum

Pada awal kelahiran bayi, cecair yang keluar dari payudara si ibu dinamakan kolostrum. Kolostrum ini berwarna putih kekuningan. Ia juga digelar titisan emas atau cecair emas. Kenapa ia digelar sedemikian?

Gambar kiri: Kolostrum hari ke-4, Kanan: Susu matang hari ke-8 



Sumber: sini

Emas adalah sangat berharga. Begitu juga kolostrum. Kolostrum kaya dengan karbohidrat, protein dan antibodi. Ia memiliki kandungan imun yang tinggi untuk melindungi bayi yang baru lahir kerana mereka belum pernah terdedah kepada udara dan persekitaran di luar rahim si ibu. 

Kolostrum juga mudah dicerna. Perut bayi yang baru lahir hanya sebesar buat ceri. Kecilkan? Ketika bayi berusia 3 hari, saiz perutnya adalah sebesar walnut. Selepas seminggu lahir baru sebesar apricot.  

Cuba bayangkan jika kita beri bayi yang baru lahir minum susu formula 2oz?

Ramai ibu bimbang anak mereka kelaparan kerana kolostrum keluar hanya beberapa titis. Percayalah ianya cukup untuk bayi anda.  

Tidak perlu beri air masak. Air masak tidak mempunyai khasiat untuk bayi. Malah berbahaya kepada bayi yang baru lahir. Antaranya boleh menyebabkan sawan tarik dan menghakis lapisan pelindung di perut bayi. Sebaliknya, kolostrum dapat melindungi saluran pencernaan bayi.