Monday 10 November 2014

Pergi Seminar Boleh Bawa Anak?? Biar betul. Seminar apa tu?

Pada hujung minggu yang lepas saya menghadiri seminar ASB (Aku Sayang Bini) yang dianjurkan oleh kumpulan Shaklee saya. Seminar berlangsung selama 2 hari di HQ Shaklee, The Pinnacle, Subang Jaya.

berbisnes sambil jaga anak

Yang bestnya, peserta dibenarkan membawa anak-anak bersama. Kalau ada 4 orang anak, nak angkut semua pun boleh. Takde hal.

Sudah tentu saya membawa Maryam kerana Maryam baru berumur 2 bulan lebih. Weekdays dah tinggal kat taska. Takkan weekend nak tinggal lagi. Sambil berseminar sambil menjaga Maryam. 

Belum pernah lagi saya pergi mana-mana kursus atau seminar yang membenarkan anak kita masuk sekali bilik seminar. Nak tahu tak? Kebanyakan aktiviti yang dianjurkan oleh Shaklee memang boleh bawa anak. Itulah yang saya paling suka. :-)

Jom tengok betapa meriahnya kursus anjuran ASB ni.



Group Jutawan Shaklee Paling ROCK - ASB Mega Seminar 2014 from iReach HD on Vimeo.

Kalau berminat nak join sama seminar macam ni di masa akan datang, bolehlah hubungi saya seperti di bawah. Tak payah risau anak nak tinggal mana sewaktu kita pergi berseminar.

pm/whatsapp 019-367 3245
email: a.rosmawati@hotmail.com

Tahu tak, saya telah mengambil langkah untuk mengubah kehidupan saya di masa hadapan. Misi saya untuk jana 5-angka sebulan supaya boleh bantu lebih ramai orang. Besarkan impian saya. InsyaAllah.

Kita mesti berani berimpian besar. Mengikut kata Dr Azizan Osman, "Antara kunci kejayaan adalah dengan membina impian, menulis matlamat dan berdoa untuk mencapainya tanpa memerlukan wang"

So sekarang saya tanya anda: Apakah impian anda?

p/s: First time saya letak video kat entry. Saya refer kat sini untuk tutorial letak vimeo kat blogspot.



1 comment:

  1. salams singgah pagi isnin:)
    salam perkenalan juga dari saya:):)

    ReplyDelete