Thursday 26 June 2014

Kompilasi Aktiviti Bayi 6-12 Bulan

Assalamualaikum parents gojes semua..

Anda mempunyai bayi berumur 6 bulan ke atas?
Tak tahu nak beli mainan apa yang sesuai untuk mereka?Apa kata cuba aktiviti di bawah. Tak perlu keluarkan duit yang banyak.
Hanya DIY atau menggunakan barang-barang yang sedia ada di rumah.

Kebanyakan bayi berumur 9 bulan ke atas sudah mahir beberapa skil seperti meniarap, merangkak, duduk sendiri dengan sedikit bantuan malah ada yang sudah boleh bertatih. Kita sebagai ibu bapa boleh memperkenalkan beberapa skil baru kepada mereka untuk merangsang perkembangan motor kasar dan motor halus mereka.

Antara aktiviti yang boleh dicuba:
- memasukkan craftstick/batang aiskrim ke dalam bekas berlubang
- memasukkan pom-pom ke dalam bekas berlubang
- mengetuk macaroni
- memindahkan objek dari satu bekas ke bekas yang lain
- membaca

Diingatkan di sini, aktiviti di atas hendaklah dilakukan di bawah pengawasan orang dewasa.

Pernah dengar istilah Tot School?
Tot School bukan sejenis sekolah. Ianya satu konsep di mana ibu atau bapa menghabiskan masa berkualiti bersama anak-anak kecil mempelajari sesuatu- lebih kepada bermain dan have fun sambil mereka explore.

Apa yang kita ransang ketika mereka masih bayi hingga berumur 6 tahun adalah sangat penting. Itu dari Dr. Maria Montessori, pengasas kaedah Montessori.

Quote from Maria Montessori

“The most important period of life is not the age of university studies but the first one, from birth to the age of six. For that is when man’s intelligence itself, his greatest instrument, is being formed.”

So parents semua.. Masa kecil anak-anak kita hanya sekali.
LET PLAY WITH OUR KIDS AND HAVE FUN!!!

1 comment: