Friday 23 January 2015

5 Tips Banyakkan Susu Ibu Walaupun Anak Dah Makan Makanan Pejal

Assalamualaikum


Situasi di mana susu ibu makin kurang selepas anak berumur 6 bulan memang membimbangkan mommies di luar sana. Nak tahu tips banyakkan susu ibu? Teruskan membaca ye..

Tips banyakkan susu ibu walaupun anak dah makan
Walaupun anak sudah mula makan makanan pejal, niat di hati mahu meneruskan penyusuan susu ibu sehingga anak berusia 2 tahun. Alhamdulillah Ros diberi peluang menyusukan Luqman sehingga 2 tahun lebih.

Pengalaman menyusukan Luqman penuh turun naik. Kalau nak tahu, suatu ketika dahulu selepas Luqman berumur 6 bulan, stok susu perahan Luqman makin kurang. Lagi banyak keluar freezer daripada masuk.

Apa yang Ros buat untuk banyakkan susu supaya boleh buat stok susu perahan? Ada 5 tips yang Ros amalkan.

5 Tips Banyakkan Susu Ibu

- jangan skip sesi mengepam di ofis

Awal-awal masuk kerja memang Ros pam 3 kali. Lepas-lepas tu jadi 2 sesi je sebab banyak kerja.

Bila susu dah kurang.. kena pandai-pandai la cari masa untuk pergi pam. Sebagai panduan, jadual pam Ros pukul 8, 11 dan pukul 2 lebih. Kiranya solat zohor selepas tu pam. Waktu selepas lunch memang selalu rush nak siapkan keja. So dah tak mengepam sampai la balik rumah.

- buat power pumping

Power pumping ni kita pam 10 minit, rehat 10 minit, pam, rehat, pam, rehat dalam jangka masa sejam. Waktu terbaik untuk buat power pumping adalah waktu awal pagi. Buatla setiap hari sampai production susu memuaskan.

Ros buat bila ada masa terluang. Kalau Luqman tido awal, terus buat. Bimbang tak terjaga awal pagi nanti. Bila terjaga awal pagi, buat lagi.

- ambil makanan penggalak susu

Kurma adalah milk booster terbaik. Selain daripada itu, Ros ada juga minum milo, horlick dicampur oat.

Ada banyak lagi makanan penggalak susu. Boleh rujuk sini. Anda harus try and error untuk mengetahui milk booster mana berkesan untuk anda.

Alfalfa Shaklee juga salah satu daripada milk booster yang berkesan untuk Ros. Anda patut cuba Alfalfa. Bukan milk booster je. Boleh keluarkan angin sekali. Agen detox pun ye jugak.

- minum air dgn banyak

Minum sekurang-kurangnya 3 liter.
Kalo air pun kita kurang minum, macam mana nak hasilkan susu ibu yang 80% kandungannya terdiri daripada air.

- makan makanan seimbang

Banyakkan makan sayur dan kurangkan makan makanan berlemak. Untuk mengisi kelompongan nutrisi dari makanan yang kita makan, Ros amalkan Vitalea setiap hari.

Bila kita mendapat semua nutrisi, anak kita turut mendapat khasiat yang sama melalui susu ibu.

Prinsip asas yang mesti ibu menyusu ingat adalah Supply vs DemandLagi tinggi permintaan, lagi banyak pengeluaran. Bahasa mudahnya.. lagi kerap bayi menyusu badan, lagi banyak susu akan dihasilkan.
demand vs supply

Ini bermaksud, kalau kita nak memperbanyakkan susu ibu, kita kena tinggikan permintaan dengan kerapkan sesi mengepam. Lagi kerap Miss B dikosongkan, lagi banyak susu akan dikeluarkan.

Kalau rasa kurang makan berbagai-bagai jenis makanan untuk dapatkan nutrisi yang diperlukan, amalkan Set Menyusu Shaklee sebagai ikhtiar untuk memperbanyakkan susu ibu.

Set Menyusu Premium terdiri daripada
- Alfalfa sebagai milk booster
- ESP memberi tenaga
- Vitalea membekalkan multivitamin
- Vitamin C meningkatkan imun sistem
- B Complex mengurangkan tekanan
- Ostematrix membekalkan kalsium untuk penghasilan susu

Saksikan testimoni live mengenai seorang ibu yang panik sebab stok susunya kurang.




Jangan tunggu lama-lama untuk amalkan tips di atas. Bertindaklah sekarang sebelum susu kering sepenuhnya.  

Untuk dapatkan Set Menyusu Shaklee, bolehlah hubungi Ros seperti di bawah
pm/whatsapps 019-367 3245
email: a.rosmawati@hotmail.com
SID: 1134 656
 




3 comments:

  1. Nice sharing...smoga ku berjaya bf sehingga ank berumur 2 thn...

    ReplyDelete
  2. Tips yang sangat bagus ni =)

    ReplyDelete
  3. boleh guna tips ni bila dah jadi ibu =)

    ReplyDelete