Tuesday, 7 October 2014

Barang Yang Perlu Dibawa Ke Hospital Untuk Bersalin


Assalamualaikum

Bila dah masuk trimester ke-3 mesti mommies semua dah nak kena start packing barang yang perlu dibawa ke hospital. Tak tahu nak packing apa?

Di bawah saya listkan barang-barang yang perlu dibawa:


Barang Keperluan Ibu

- kain batik
- stokin
- selipar
- tuala mandi
- kelengkapan mandian/penjagaan diri ( sikat, pencuci muka, berus gigi, ubat gigi, shower gel dsb)
- maternity pad dan seluar dalam
- nursing bra dan nursing pad
- makanan ( milo 3in1, biskut, roti dsb)
- baju untuk pulang

Barang Baby

- baju newsborn
- pampers newsborn
- topi newsborn
- mitten and booties
- receiving blanket
- tuala baby
- barut
- bedung
- minyak TYT atau minyak telon lain

Semasa di hospital, ada juga mommies yang mengunakan seluar dalam pakai buang. Walaupun tak baik untuk alam sekitar.. tapi ia memudahkan. Ye lah kan. Tenaga selepas bersalin kena dipulihkan kembali. 

Selepas bersalin.. awal-awal tu memang kena elakkan membasuh atau terkena air lama-lama. Even mandi pun tak digalakkan. Dua tiga hari lepas tu baru mandi.

Kalo tanya berapa banyak pampers nak kena bawa.. berapa banyak baju newsborn nak kena bawa.. Semuanya bergantung kepada berapa hari kita stay di hospital. 

Kalau bersalin normal.. kalau takde apa-apa.. ibu dan baby sihat.. esoknya dah boleh balik rumah. Adalah lebih baik packing untuk 3 hari stay di hospital. Lagi pun kalau kena tahan lama.. husband boleh tolong hantarkan baju dan barang keperluan lain.

Jangan lupa juga untuk asingkan siap-siap, barang yang perlu dibawa masuk ke labor room. Senang nanti. Tak perlu kelam-kabut ambil satu-satu dari beg yang kita dah packing tadi. :)