Assalamualaikum..
Pernah dengar tentang Water bead?
Water bead dikatakan baik untuk sensory experience. Boleh baca di sini mengenai kepentingan sensory play.Saya tak pernah cari kat mana boleh beli water bead. Memandangkan ada pilihan lain yang lebih selamat, saya memilih untuk buat sendiri.
Bahan-bahan:
- biji selasih / basil seed- air untuk merendam
- pewarna makanan
Cara-cara:
- masukkan satu sudu besar biji selasih ke dlm bekas kecil untuk setiap warna- masukkan sedikit pewarna
-rendam selama lebih kurang 5 minit
- pindahkan ke bekas besar untuk bermain
Sebelum bermain.. boleh tambah sedikit air supaya biji selasih tu boleh bergerak-gerak.
Memang best anak main ni. Tapi mommies la nak kena kemas lepas tu. Biji selasih ni susah sikit nak ditanggalkan kalau melekat di baju. So, make sure mommies sanggup bersihkan sebelum cuba ye!
Saya pun masih belajar untuk menerima keadaan berselerak selepas bermain. Bagi saya, sensory experience itu lebih penting. :)